A+ for Mblaq: Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi... Welcome to my blog YANG UGLY


owner

Contact Me

credits
10:25 PTG | 0 Cloud(s)
Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya





Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya
Rakyat Malaysia patut berbangga kerana Negara ini dianggap sebagai sebuah Negara yang mempunyai sistem jalan raya yang terbaik di dunia.Malahan kerajaan telah memperuntukkan sejumlah perbelanjaan yang besar untuk memenuhi keperluan penyediaan kemudahan infrastruktur ini namun begitu kadar kemalangan di Malaysia tetap mencatatkan angka yang tinggi.Berbagai-bagai usaha telah dan sedang dijalankan kerajaan untuk mengurangkan masalah ini.

Salah satu caranya ialah mewujudkan banyak papan tanda di jalan raya.Seringkali kita lihat papan tanda di tepi jalan.Pengguna jalan raya perlulah memerhati papan tanda di jalan.Terdapat pelbagai kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya.

Papan tanda had laju bertujuan untuk memberitahu had laju yang dibolehkan kepada pemandu di jalan raya.Hal ini membolehkan pemandu untuk berhati-hati ketika menggunakan jalan raya.Secara tidak lansung,ini dapat mengurangkan kadar kemalangan yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan sejak akhir-akhir ini.

Papan tanda amaran memberitahu kita tentang keadaan sesuatu jalan.Tamsilannya,papan tanda yang menunjukkan  jalan licin memberitahu kita untuk berwaspada di jalan dek kerana jalan yang licin.

Papan tanda arah diletakkan untuk memudahkan Kita ke destinasi yang dituju.Contohnya pemandu jalan raya yang ingin pergi ke Perlis namun tidak tahun jalan yang mesti dilalui.Oleh kerana itulah papan tanda arah diwujudkan bagi memudahkan kita.Secara tidak langsung,papan tanda arah dapat mengurangkan kemalangan jalan raya.

Sebenarnya,masalah kemalangan jalan raya ialah lumrah selagi kenderaan masih bergerak di atas jalan raya.Namun,sebagai manusia yang mempunyai sikap yang berbagai-bagai,kes kemalangan akan menjadi lebih buruk jika sikap tidak bertanggungjawab masih diamalkan.Oleh itu,masalah ini tidak boleh dibebankan kepada pihak kerajaan sahaja untuk mengurangkan masalah ini dengan mewujudkan kesedaran dalam diri mereka bahawa jalan raya bukan untuk kegunaan persendirian,sebaliknya untuk kegunaan bersama.Pandulah dengan selamat,ingatlah orang yang tersayang. 

0 Ulasan:


Catat Ulasan